Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Dragon Ball Super: Broly

Oleh : Bènedictus Alèx Dragon Ball Super: Broly Antara Anime paling saya nantikan tahun ini. Saya sudah menjadi peminat Dragon Ball sejak kecil lagi dan pengaruh anime ini didalam hidup saya amatlah besar. Biarpun masa kini begitu banyak anime telah tercipta. Tetapi DB tetap menjadi anime kegemaran saya. Tetapi Dragon Ball Super: Broly ini tidak meninggalkan impak yang besar kepada saya. Bagi saya, 'Battle of Gods' (2013) masih DB movie terbaik. Isu terbesar DBSB adalah Storytelling terlalu ringas, Dan segalaNya yang berlaku dalam DBSB ini bergerak terlalu cepat. Tidak seperti 'Battle of Gods'. Diceritakan satu persatu. Tetapi dalam DBSB ini kelihatan terburu-buru dari Aspek penceritanNya.  1st Act bagi saya sangat OK. Penonton dibawa untuk mengenal peristiwa yang terjadi di Planet Vegeta dan bagaimana nasib ke tiga-tiga Saiyan iaitu Vegeta, Goku, dan Broly. Permulaan yang sangat OK. Tetapi semuaNy yang OK hanya permulaan. SelebihNya sega...

Spider-Man: Into the Spider-Verse

Oleh : Bènedictus Alèx  Tidak terjangkau besarNya dunia Spider-Man. Mungkin yang tidak memahami dunia Spider-Man akan mempertikaikan filem Animasi keluaran Sony Pictures Animation ini. Apakan tidak, ia mungkin mengelirukan bagi anda yang sekarang ini sedang mengikuti pergembangan Watak Spider-Man dalam Dunia MCU.  Spider-Man: Into the Spider-Verse yang baru saja dicalonkan dalam Golden Globe Awards beberapa minggu yang lalu. bagi saya filem ini antara filem super hero terbaik 2018. Idea yang diterapkan dalam filem ini kelihatan begitu segar. Animation yang begitu padu cantik dan sedikit sentuhan seperti Buku komik. membuatkan saya merasa seolah-olah sedang membaca komik tetapi iaNya bukan, Ini adalah Animation yang hidup. Kualiti Animaton versi Studio Sony ini tidak mengecewakan. Biarpun saya bukan peminat Animation keluaran Studio Sony sebelum ini, Tetapi untuk Spider-Man: Into the Spider-Verse ini saya cukup berpuas hati....

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

Aquaman - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  Selepas beberapa filem Super hero DC Extended Universe (DCEU) gagal menyerlah untuk beberapa tahun yang lalu. Tahun 2018 menjadi saksi bagi kebangkitan filem Super hero (DCEU). kehandalan dan imaginasi pengarah hebat James Wan banyak memberi impak yang besar kepada filem Aquaman. Biarpun pada hemat saya, Aquaman bukan filem yang sempurna.  Saya menyebut ini adalah kebangkitan filem (DCEU) disebabkan filem Aquaman ini sebaris filem (DCEU) yang lain seperti Wonder Woman. Saya amat gembira karena james wan menjadi pengarah filem ini. imaginasi dia jelas membawa perubahan yang besar terhadap filem (DCEU). dan yang paling penting dia ambil berat  tentang karakter-Karakter yang berdasarkan Karakter Komik DC Ini. Disebabkan itu, James wan berjaya membawa Aquaman ke satu tahap yang mampu membuat pengemar Filem (DCEU) atau pengemar komik Aquaman Hargai Karya James wan ini.  Pengunaan kesan khas 'Kesan Visua...

NETFLIX | Outlaw King - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Sekali lagi gandingan David Mackenzie dan Chris Pine membuahkan hasil menerusi filem epik sejarah Outlaw King. Outlaw King merupakan filem drama sejarah tentang Raja Scotland abad ke-14 'Robert the Bruce' lakonan Chris Pine melancarkan perang Gerila menentang tentera Inggeris pada tahun 1300-an. Saya kurang tahu tentang latar belakang sejarah yang diceritakan dalam filem ini. Jadi saya tidak akan mengulas lebih terperinci mengenai sejarah. Apa yang penting adalah filem ini. Outlaw King. Seperti yang saya sebutkan tadi. gandingan David Mackenzie dan Chris Pine membuahkan hasil. Secara keseluruhan saya cukup berpuas hati dengan karya terbaru David Mackenzie ini. Dari reka bentuk kostum, pemilihan 'Shooting location' persembahan para pelakon, dan kualiti Sinimatografi. saya cukup berpuas hati.  Biarpun diawal permulaan filem pembinaan 'Storyline' agak perlahan tetapi bila sampai 'The second Act' saya bol...

The Girl in the Spider's Web - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Selain daripada persembahan lakonan hebat Claire Foy tiada banyak yang nak dipuji tentang filem The Girl In The Spider's Web. Kelemahan skrip punca filem ini gagal menyerlah. Begitu banyak Scene yang kelihatan tidak masuk akal. Biarpun jalan cerita muda difahami tetapi skrip gagal ditulis dengan baik membuatkan The Girl In The Spider's Web. Hanyalah filem biasa biasa saja.  Saya akui Claire Foy melakukan kerjaNya dengan baik. Dia memberikan yang terbaik kepada karakterNya sebagai 'Lisbeth Salander'. Selepas menyaksikan Claire dalam 'First Man' juga dia memberikan persembahan lakonan terbaik. Saya amat menyukai kualiti lakonan dia dalam filem ini.  Dari Aspek Taknikel, Seperti Ton warna sinimatografi tidak menghampakan. Begitu juga dangan musik Score. Dari babak-babak aksi juga kelihatan tiada masalah. Ada beberapa Scene Aksi dilakukan dengan baik. Dari segi teknik pergerakan Kamera. Andai saja skrip filem in...

Robin Hood - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alex  Saya tidak meletakan harapan yang tinggi filem versi terbaru Robin Hood ini akan menyerlah. Menarik perhatian saya mahu menonton filem ini karena inti filem ini menarik. Membariskan pelakon berkaliber seperti Taron Egerton, dan Jamie Foxx. Ini antara satu sebab mengapa saya mahu menonton filem ini. Tetapi bukan itu saja yang saya utamakan. Sudah tentu keseluruhan aspek filem ini saya utamakan. Robin Hood versi Taron Egerton antara 'The Worst movie' tahun ini. Versi terbaru Robin Hood ini amat mengecewakan seperti filem Robin Hood arahan Ridley Scott (2010) malahan Versi Ridley Scott lebih baik dari ini. Dari Aspek Skrip filem 'Lakon layar' sampailah persembahan para pelakon semuaNya teruk. tidak itu saja. Kualiti Sinimatografi juga teruk. Mempaparkan Tona Warna Gelap di sepanjang keseluruhan filem membuatkan filem ini tampak sangat tidak bernyawa.  Di babak pertama penonton disajikan dengan 'Opening Action sequenc...

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  Tidak sehebat filem pertama Fantastic Brasts . (2016) Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald sedikit lemah dari segi jalan cerita. Biarpun filem ini tertumpu kepada Grindelwald sesuai dengan judul filem ke 2 arahan David Yates ini. Tetapi jalan Cerita The Crimes of Grindelwald juga sedikit fokus kepada Credence Barebone lakonan Ezra Miller. ia tidak sepenuhNya tertumpu kepada Grindelwald. Bagi saya, saya lebih sukakan filem pertama Fantastic Beasts (2016) biarpun filem itu agak perlahan tetapi dari segi Lakon layar filem pertama Fantastic Beastes (2016) lebih teratur. The Crimea of Grindelwald sedikit tidak teratur. Kelemahan lakon layar The Crimes of Grindelwald boleh di lihat dari cut scene yang tidak kemas. Biarpun jalan cerita filem ini kurang memuaskan. tetapi setiap karakter filem ini mempunyai karakter yang kuat. Tidak dinafikan Johnny Depp sebagai Grindelwald menjadi karakter 'Villain' sangat menarik. Aks...

Overlord - Movie Review

Oleh: Bènedictus Alex Menonton Overlord seperti menonton gabungan dua idea yang bercorakan filem (Thriller Zombie) dan filem perang. Tetapi Overlord bukan menceritakan bagaimana manusia dijangkiti virus dan berubah menjadi Zombie. Mujur Overlord bukan jenis filem seperti itu. Plot jalan cerita yang tidak muda dijangkah membuatkan jalan cerita filem ini menarik. Ditambah dengan kesan visual yang cukup berkesan membuatkan saya cukup menghargai karya Julius Avery ini.  Diawal permulaan filem, penonton disajikan dengan Scene yang penuh debaran. Lebih kurang 15 minit Scene pembukaan yang membuat penonton tidak senang duduk. momentum filem filem ini diteruskan sampai ke penghujung. Tiada plot holes yang besar membuat kualiti filem ini rusak. Biarpun sedikit ada Plot Holes tetapi ia tidak ketara.  Setiap watak dalam filem ini dijayakan dengan cermelang sekali oleh pelakon-pelakonNya. "Jovan Adepo" sebagai Pvt. Boyce. Dari pandangan saya Jovan memberikan persemba...

First Man - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Damien Chazelle Pelakon : Ryan Gosling, Claire Foy, Jason Clarke, Kyle Chandler, Corey Stoll Genre : Drama/Sci-Fi Edaran : Universal Pictures Durasi : 2 jam 21 minit  Secara Pribadi, First Man merupakan filem terbaik yang pernah saya tonton tahun ini. Kehebatan Damien Chazelle Dan Ryan Gosling sekali lagi membuat Mereka berdua di dalam Landasan Ke Anugerah Academy (Oscar). Banyak filem menarik tahun ini tetapi tidak Segah Karya Pengarah Muda ini Daminen Chazelle, juga merupakan Pemenang Anugerah Academy Pengarah Terbaik menerusi filem La La Land.  Tiada ragu saya katakan. Filem ini menjadi filem terbaik pilihan saya tahun ini. Semua yang ada dalam filem ini sangat memikat hati saya. First Man, filem yang menceritakan Manusia Pertama menjejakan kaki di Bulan. Misi ini dilakukan sekitar tahun 1967. Apa membuat saya kagum dengan Damien Chazelle, filem ini seperti bukan dibuat pada tahun 2017. Warna dan kualiti Sinimatogra...

Venom - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Ruben Fleischer Pelakon : Tom Hardy, Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze, Reid Scott Genre : Aksi | Fantasi Edaran : Sony Pictures Durasi : 2 jam 20 minit Kali pertama melihat aksi Venom dalam filem Spider-Man 3 (2007) lakonan Tobey Maguire. Venom dalam filem Spider-Man 3 itu antara watak jahat yang tidak seharusNya membuat kemunculan, karena Kehadiran Venom dalam Spider-Man 3 itu antara bahagian yang paling teruk dalam filem Spider-Man ke 3 arahan Sam Raimi. Jadi, ramai yang mengharapkan filem Solo Venom Lakonan Tom Hardy ini boleh memberikan sesuatu kelainan. Saya tidak tahu mahu mula dari mana. Tapi secara jujur saya dapati filem ini Okey. Saya tidak arif sangat tentang Karakter Venom ini, baca komikNya pun tidak, kebanyakan semua filem berdasarkan komik Marvel saya kenal bila ia dijadikan filem. Jadi nak kata saya ini arif itu, tidaklah. Pendapat saya berdasarkan filem yang saya tonton, tetapi bagi yang die hard fans ...