Langkau ke kandungan utama

Aquaman - Movie Review




Oleh: Bènedictus Alèx 




Selepas beberapa filem Super hero DC Extended Universe (DCEU) gagal menyerlah untuk beberapa tahun yang lalu. Tahun 2018 menjadi saksi bagi kebangkitan filem Super hero (DCEU). kehandalan dan imaginasi pengarah hebat James Wan banyak memberi impak yang besar kepada filem Aquaman. Biarpun pada hemat saya, Aquaman bukan filem yang sempurna. 



Saya menyebut ini adalah kebangkitan filem (DCEU) disebabkan filem Aquaman ini sebaris filem (DCEU) yang lain seperti Wonder Woman. Saya amat gembira karena james wan menjadi pengarah filem ini. imaginasi dia jelas membawa perubahan yang besar terhadap filem (DCEU). dan yang paling penting dia ambil berat  tentang karakter-Karakter yang berdasarkan Karakter Komik DC Ini. Disebabkan itu, James wan berjaya membawa Aquaman ke satu tahap yang mampu membuat pengemar Filem (DCEU) atau pengemar komik Aquaman Hargai Karya James wan ini. 






Pengunaan kesan khas 'Kesan Visual CGI' memang memukau. SegalaNya kelihatan sempurna terutamaNya sequence di dalam air. Keindahan Visual CGI filem Aquaman saya boleh ibaratkan setaraf filem AVETAR (2009). pertama kali menyaksikan kemunculan Aquaman dalam Filem Batman V Superman (2016) Saya melihat watak ini sangat hambar, apa lagi saya bukan pengikut Watak-Watak yang datang dari Dunia DC. Tetapi selepas menyaksikan filem Aquaman versi yang sangat segar ini membuatkan saya memandang watak ini sebaris watak hebat Super hero yang lain.





Action sequence juga sangat memukau, saya amat memuji Setiap aksi yang dilakukan dalam filem ini. Apatah lagi Sequence yang memerlukan pergerakan kamera yang cepat. Teknik pergerakan kamera yang sangat hebat. Terutama Scene dimana Black Manta menyerang Mera dan Arthur / Aquaman. Scene tersebut antara Scene terbaik filem ini. 


Isu yang amat ketara dalam filem Aquaman adalah Skrip. Skrip gagal ditulis dengan kemas. Membuatkan jalan cerita filem ini ada 'Up And Down'. permualan Setup cerita filem ini dibina dengan baik dan tersusun rapi, Tetapi bila perjalanan filem ini mahu sampai ke pertengahan, iaNya merundum. Dan setuasi ini agak lama sampai ada satu moment saya merasa agak bosan. Tetapi bila sampai ke 'The third Act' saya merasa setuasi merundum itu sedikit berkurangan.






Isu skirp yang tidak berapa memuaskan ini sedikit sebanyak memberikan kesan yang tidak baik terhadap jalan cerita filem ini. Tetapi mujur aspek lain yang seperti saya sebutkan diatas membuatkan Aquaman tidak menerima nasib yang sama seperti filem (DCEU) yang lain arahan Zack Snyder.


Menyebut tentang persembahan Jason Momoa sebagai Aquaman pada hemat saya dia OK. Jason sesuai dengan watak Aquaman. Gadis jelita Amber Heard sebagai Mera. Ini saya kurang gemari, karena watak mera agak tengelam, tetapi sosok tubuh seksi yang lebih ditonjolkan. Sebelum saya menonton filem ini saya mengharapkan Karakter Amber Heard sebagai Mera menunjukan sifat karakter yang kuat seperti Black Widow. Atau Wonder Woman. Tetapi itu tidak ada dalam watak mera. 


Secara keseluruhan filem Aquaman berbaloi untuk ditonton. Filem DC yang segar, dan saya agak yakin, ini membuka lembaran baru untuk filem (DCEU) setelah beberapa tahun ini tenat dek karena tiada idea segar yang boleh diterapkan dalam filem (DCEU). Saya mengharapkan selepas ini akan lebih banyak filem (DCEU) yang berkualiti seperti ini. 



Untuk Aquaman Saya bagi



B+





Poster resmi filem Aquaman

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...