Langkau ke kandungan utama

Venom - Movie Review



Oleh: Bènedictus Alèx

Pengarah: Ruben Fleischer

Pelakon: Tom Hardy, Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze, Reid Scott

Genre: Aksi | Fantasi

Edaran: Sony Pictures

Durasi: 2 jam 20 minit

Kali pertama melihat aksi Venom dalam filem Spider-Man 3 (2007) lakonan Tobey Maguire. Venom dalam filem Spider-Man 3 itu antara watak jahat yang tidak seharusNya membuat kemunculan, karena Kehadiran Venom dalam Spider-Man 3 itu antara bahagian yang paling teruk dalam filem Spider-Man ke 3 arahan Sam Raimi.

Jadi, ramai yang mengharapkan filem Solo Venom Lakonan Tom Hardy ini boleh memberikan sesuatu kelainan. Saya tidak tahu mahu mula dari mana. Tapi secara jujur saya dapati filem ini Okey. Saya tidak arif sangat tentang Karakter Venom ini, baca komikNya pun tidak, kebanyakan semua filem berdasarkan komik Marvel saya kenal bila ia dijadikan filem. Jadi nak kata saya ini arif itu, tidaklah. Pendapat saya berdasarkan filem yang saya tonton, tetapi bagi yang die hard fans yang sudah mengikuti Cerita Venom ini dari Komik, mungkin anda punya pendapat yang berbeza dari saya.


Biarpun Venom tidak Setaraf filem MCU, tetapi Venom punya kehebatanNya tersendiri. Plot Story-Line muda difahami. Sebelum saya menonton filem ini, saya ada juga terfikir kalau filem ini akan end up seperti Amazing Spider-Man 1 dan 2. Maklum lah, Sony kan. Tetapi filem ini tidak seperti itu. 1st Act Pembinaan cerita yang cukup santai dan tidak serabut. Bagi saya okey. Tiada masalah. Ramai yang mengharapkan lebih untuk filem ini tetapi filem ini berada dilandasan yang baik. Biarpun ada khabar angin mengatakan ada 40 minit Scene di potong. Tetapi ia tidak membuat filem ini timpang. 

Persembahan lakonan Tom Hardy sebagai Eddie Brock juga bagi saya okey. Tidak 100% persembahan terbaik Tom. tetapi ia cukup membuat filem ini lebih menarik lagi dengan adaNya Tom Hardy. Saya dapati watak Tom tidaklah seberat seperti watak-watak yang pernah dia bawakan sebelum ini. Bagi saya iaNya santai saja tetapi tidak teruk. Saya fikir Tom Hardy sesuai pegang watak Eddie Brock. Saya tiada masalah dengan persembahan lakonan Tom Hardy.


Isu besar dalam filem ini ialah, ada beberapa watak bagi saya lemah dan saya harapakan watak ini tiada dalam filem Venom. Watak itu seperti Michelle Williams sebagai Ann Weying. Saya lihat karakter dia di sini langsung tidak berguna. ia umpama sekadar hiasan untuk filem ini saja. Dan persembahan lakonan Mitchelle Williams tiada apa yang boleh dibanggakan.

Dan watak jahat utama, ia seperti satu kebiasaan dalam filem Marvel atau pun DC. Watak jahat selalu menjadi watak yang lemah dan kurang menarik. Venom tidak lari dari isu tersebut. Antara kelemahan filem Venom adalah watak jahatNya. Saya okey dengan persembahan lakonan oleh Riz Ahmed tetapi bila ia bertukar menjadi Carlton Drake, Tiada apa yang menarik, malah Karakter Carlton Drake dimatikan begitu awal.


Secara keseluruhan filem Venom bukan lah filem yang amat teruk seperti tular di media sosial. Filem ini masih boleh lagi dinikmati. Saya punya masa yang sangat hebat semasa menonton filem ini. Saya tidak merasa bosan, malah saya sangat enjoy menonton filem ini. Bagi saya kerasian karakter Venom dan Tom Hardy amat baik. Saya berharap masa depan karakter yang di pegang oleh Tom Hardy ini tidak berakhir disatu filem saja tetapi dimasa akan datang masih lagi ada peluang untuk kita melihat Tom Hardy dan Venom Beraksi.

Untuk Venom Saya bagi 

B+



Poster Resmi Filem Venom

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....