Langkau ke kandungan utama

Dragon Ball Super: Broly





Oleh: Bènedictus Alèx



Dragon Ball Super: Broly Antara Anime paling saya nantikan tahun ini. Saya sudah menjadi peminat Dragon Ball sejak kecil lagi dan pengaruh anime ini didalam hidup saya amatlah besar. Biarpun masa kini begitu banyak anime telah tercipta. Tetapi DB tetap menjadi anime kegemaran saya.
Tetapi Dragon Ball Super: Broly ini tidak meninggalkan impak yang besar kepada saya. Bagi saya, 'Battle of Gods' (2013) masih DB movie terbaik. Isu terbesar DBSB adalah Storytelling terlalu ringas, Dan segalaNya yang berlaku dalam DBSB ini bergerak terlalu cepat. Tidak seperti 'Battle of Gods'. Diceritakan satu persatu. Tetapi dalam DBSB ini kelihatan terburu-buru dari Aspek penceritanNya. 


1st Act bagi saya sangat OK. Penonton dibawa untuk mengenal peristiwa yang terjadi di Planet Vegeta dan bagaimana nasib ke tiga-tiga Saiyan iaitu Vegeta, Goku, dan Broly. Permulaan yang sangat OK. Tetapi semuaNy yang OK hanya permulaan. SelebihNya segala-galaNya bergerak dengan pantas. Seolah-oleh jalan cerita DBSB ini diceritakan dengan terburu-buru. Dan fokus terutama hanya Watak Broly. 






Saya agak kecewa beberapa watak popular tidak muncul dalam DB movie kali ini. Membuatkan DB movie kali ini agak kosong. Biarpun ada beberapa watak baru diperkenal, tetapi masih terasa kosong dek karena watak popular yang biasaNya ada dalam DB movie. Tetapi kali ini tidak terlihat kelibat mereka.
Dari segi aspek 'Animation design' bagi saya ok. Artstyle dari tangan Naohiro Shintani agak sedikit berbeza. Perbezaan yang ketara pada sosok badan karakter. Ia kelihatan lebih kecil dari biasa. Saya gemar dengan style Shintani ini disebabkan warna baju Son Goku ada sedikit Old style. Warna kuning seperti cover muka depan Komik Mutiara Naga (Dragon Ball). 





Aksi pertarungan Broly, Vegeta dan Goku bagi saya OK saja. Tidak sepik yang saya bayangkan. Ini style Shintani. Jadi aksi pertarungan juga diolah agak berbeza. Tidak seperti biasa yang kita lihat dalam DB movie. Style Animation Memang agak lain dari yang lain. Bagi saya OK. Tetapi secara pribadi saya lebih sukakan Style Tadayoshi Yamamuro. Bila part sequence pertarungan, Ia kelihatan lebih kemas dan jelas. Seperti yang kita lihat dalam 'Resurrection 'F' dan 'Battle of Gods'.
Saya telah mengikuti kisah Broly ini sejak kemunculanNya pada Dragon Ball Z: Broly – The Legendary Super Saiyan (1993). Broly antara watak yang sangat terkenal dalam DB Movie dan Game DB. Tetapi Broly bukan sebahagian dalam Dunia siri DBZ Akira Toriyama. Menjadikan Broly Watak Canon dalam DB movie kali ini menimbulkan persoalan, adakah siri DBS akan bersambung selepas DBSB ini. Sebab DB Movie kali ini seolah-olah set-up untuk membina siri terbaru DBS. Sama-sama kita nantikan.



Untuk Dragon Ball Super: Broly saya bagi


C+





Poster reami Dragon Ball Super: Broly

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...