Langkau ke kandungan utama

First Man - Movie Review


Oleh: Bènedictus Alèx

Pengarah: Damien Chazelle

Pelakon: Ryan Gosling, Claire Foy, Jason Clarke, Kyle Chandler, Corey Stoll

Genre: Drama/Sci-Fi

Edaran: Universal Pictures

Durasi: 2 jam 21 minit 


Secara Pribadi, First Man merupakan filem terbaik yang pernah saya tonton tahun ini. Kehebatan Damien Chazelle Dan Ryan Gosling sekali lagi membuat Mereka berdua di dalam Landasan Ke Anugerah Academy (Oscar). Banyak filem menarik tahun ini tetapi tidak Segah Karya Pengarah Muda ini Daminen Chazelle, juga merupakan Pemenang Anugerah Academy Pengarah Terbaik menerusi filem La La Land. 

Tiada ragu saya katakan. Filem ini menjadi filem terbaik pilihan saya tahun ini. Semua yang ada dalam filem ini sangat memikat hati saya. First Man, filem yang menceritakan Manusia Pertama menjejakan kaki di Bulan. Misi ini dilakukan sekitar tahun 1967. Apa membuat saya kagum dengan Damien Chazelle, filem ini seperti bukan dibuat pada tahun 2017. Warna dan kualiti Sinimatografi seolah-olah filem ini dibuat dalam sekitar tahun 1967. Bagi saya itu sangat menarik karena ia memberikan satu mood yang baik kepada penonton dalam menghayati jalan cerita filem ini. 


Jalan Cerita filem ini disusun rapi dan diceritakan dengan begitu baik sekali. ia tidak hanya berfokuskan tetantang Misi Neil Armstrong ke Angkasa tetapi sisi lain cerita kehidupan Neil juga dipaparkan. Dari mula sampai ke akhir filem First Man, tiada apa-apa komen negetif yang mampu saya ungkapkan.

Ryan Gosling dalam First Man Memang sangat mengagumkan!. Saya amat menyukai Persembahan lakonan Ryan Dalam filem ini. Bagi saya Ryan Menghayati watakNya dengan baik sekali. Dia berikan mutu lakonan yang boleh dianggap 'Oscar-worthy performance'.


Setiap Scene filem ini diambil dengan begitu teliti sekali. Scene yang paling saya suka bila Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan. Bagi saya Scene tersebut amat memukau sekali. Diiringi dengan Musik Score yang hebat menambah lagi keindahan Scene yang dikatakan kemuncak filem Frist Man. 


Kehebatan Damien Chazelle dalam ia mengolah filem ini benar-benar menjadi. Setiap aspek filem ini tidak mampu saya berikan ulasan negetif. Begitu juga dengan persembahan lakonan Claire Foy. Dia berikan satu mutu lakonan yang amat hebat sekali. WatakNya sebagai isteri kepada Neil Armstrong sangat kena denganNya. Saya sangat menyukai persembahan Lakonan Claire Foy. 



Filem First Man bukanlah seperti filem-filem lain yang memaparkan pengembaraan ke Angkasa yang langsung tidak menunjukan sesuatu yang masuk akal. First Man diceritakan dengan begitu teliti sekali. Ia mampu buat anda mengerti misi manusia pertama menjejakan kaki ke bulan. Dan yang paling penting, anda tidak akan mahu berganjak dari kerusi anda saat menonton First Man. 


Untuk Damien Chazelle dan Ryan Gosling, 'First Man'. Saya bagi 

A+



Poster Filem First Man 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...