Langkau ke kandungan utama

Bumblebee - Movie Review





Oleh: Bènedictus Alèx 





SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain. 







Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan. Sebuah filem transfomers yang layak dihargai oleh peminat transfomers. 


Setelah selesai menonton Bumblebee saya amat berpuas hati. Kinght berjaya menghasilkan sebuah filem transfomers yang layak dihargai. Saya boleh katakan ini adalah filem terbaik transfomers setelah 5 buah filem siri transfomers yang sudah terhasil. Jalan cerita ditulis dengan baik. elemen persehabatan dan kekeluargaan yang diterapkan dalam jalan cerita filem ini diceritakan dengan baik sekali.







Filem Bumblebee yang mengambil latar era 80-an ini kelihatan kelasik. Saya amat sukakan kualiti sinimatografi yang menunjukan era 80-an. Tidak itu saja, lagu-lagu yang diselitkan dalam filem ini juga semuaNya lagu kelasik. Membuatkan saya rasa amat senang menonton filem ini. Menyentuh tentang kesan Visual 'CGI' pula, memang amat ketara. Amat berbeza dari filem transfomers sebelum ini. Reka bentuk robot 'Transfomers' yang kelasik seperti dalam siri animasi membuatkan filem Bumblebee filem transfomers kegemaran saya. Dan juga Saya amat gembira karena Knight tidak mengunakan reka bentuk model lama versi Bay. 


Filem Bumblebee tidak berfokus kepada pertarungan epik antara Autobots dan Decepticons. Tetapi ia lebih berfokus tentang persahabatan sorang remaja wanita dengan robot. Saya gembira karena Plot filem ini lebih fokus kepada ke arah itu. Tidak apa kurang aksi, Tidak apa kurang Scene letupan. Yang penting dasar cerita filem ini kukuh. Itu sudah cukup. 







Hailee Steinfeld sebagai Charlie Watson memang pilihan terbaik untuk watak utama filem Bumblebee. Karakternya yang menarik, kuat. Dan juga skrip untuk karakter Charlie Watson digarap dengan baik. Hailee Steinfeld tidak mengecewakan dari segi persembahan lakonan. 









Isu yang ada dalam filem Bumblebee menurut hemat saya adalah watak John Cena sebagai Agent Burns. Bagi saya watak john Cena lemah dan tidak menarik. Saya berharap lakon layar untuk karakter John Cene lebih baik. Dan mendalami karaketer John lebih lagi. bukan hanya sekadar Nama John Cena terpampang dalam barisan pelakon filem Bumblebee semata-mata mahu menarik orang ke pangung wayang sehaja. Satu lagi isu adalah ending filem ini tidak menyentuh perasaan sangat. Jalan cerita dibina dari awal tentang hubungan sorang remaja wanita dan robot. Seperti yang kita tahu Bumblebee tidak akan bersama sahabatNya itu buat selamaNya. Tetapi kesudahan filem ini tidak memberi kesan emosi yang besar kepada penonton.

Secara keseluruhan filem Bumblebee layak diberipujian. Filem Transfomers yang peminat hargai. Hadia Christmas dan tahu baru dari Travis Knight yang sudah lama peminat Transfomers nantikan.



Untuk Bumblebee saya bagi


A-






Poster resmi filem Bumblebee

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...

NETFLIX | Outlaw King - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Sekali lagi gandingan David Mackenzie dan Chris Pine membuahkan hasil menerusi filem epik sejarah Outlaw King. Outlaw King merupakan filem drama sejarah tentang Raja Scotland abad ke-14 'Robert the Bruce' lakonan Chris Pine melancarkan perang Gerila menentang tentera Inggeris pada tahun 1300-an. Saya kurang tahu tentang latar belakang sejarah yang diceritakan dalam filem ini. Jadi saya tidak akan mengulas lebih terperinci mengenai sejarah. Apa yang penting adalah filem ini. Outlaw King. Seperti yang saya sebutkan tadi. gandingan David Mackenzie dan Chris Pine membuahkan hasil. Secara keseluruhan saya cukup berpuas hati dengan karya terbaru David Mackenzie ini. Dari reka bentuk kostum, pemilihan 'Shooting location' persembahan para pelakon, dan kualiti Sinimatografi. saya cukup berpuas hati.  Biarpun diawal permulaan filem pembinaan 'Storyline' agak perlahan tetapi bila sampai 'The second Act' saya bol...