Langkau ke kandungan utama

Spider-Man: Far From Home - Movie Review




Oleh : Bènedictus Alèx 


Expectation saya tinggi terhadap Spider-Man: Far From Home. Setelah (2017) menjadi saksi Spider-Man: Homecoming antara filem Spider-Man terbaik pada tahun itu. jangkaan saya Sekual filem ini akan lebih baik. 



Saya amat gembira dan berpuas hati, Spider-Man: Far From Home tidak mengecewakan saya. Idea kreatif dan kehebatan dalam pengarahan oleh Jon Watts menjadi faktor utama filem Spider-Man: Far From Home antara filem Super hero terbaik tahun ini. Penuh kejutan, penuh dengan Aksi, dan jalan cerita filem yang menarik. Plot twist yang mengerunkan. (HAHA) 




Saya suka bagimana watak Peter Parker (Tom Holland) diceritakan dalam filem ini. Dalam Spider-Man: Homecoming (2017) Peter Parker lebih menumpukan perhatian kepada mahu menjadi ahli Avengers. Dan lebih kepada pengenalan karakter dalam Sinimatik Semesta Marvel Cinematic Universe (MCU). Dalam Far From Home, Peter mengalami pergelutan dalam memilih jalan hidup dia. Bagi saya watak Peter dikembangkan dengan baik dalam filem ini. Impak terhadap Peter Parker atas kehilangan Tony Stark begitu dirasai dalam dirinya. Dan pujian kepada tom Holland karena dia berjaya membuat Marvel Fans mengakui dia antara Spider-Man terbaik.



Saya tidak expert dalam komik marvel. Tetapi watak Mysterio / Quentin Beck yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal antara watak villain yang fresh. Saya tidak rasa yang karakter jahat dalam filem ini terlalu lemah atau kurang menarik. Ianya seimbang. Tidak lebih, tidak kurang. Dan Jake Gyllenhaal berjaya membawakan watak ini dengan cermelang. 



Dan tidak diragui. Aksi, Cgi, sinimatografi. Semuanya tampak OK. Tiada scene yang menjolok mata. Atau Cgi yang merusakan pemandangan. Secara keseluruhan Spider-Man: Far From Home menjanjikan sebuah filem super hero yang luar biasa. Memberikan kepuasan dan keseronokan kepada penonton. 



Dan suka diingatkan, jangan berganjak dari kerusi anda selepas selesai filem. Babak Mid, dan Post-Credit Spider-Man: Far From Home akan mengejutkan anda Dan akan membuat anda tersenyum lebar. 




Spider-Man: Far From Home


A



Poster Filem Spider-Man: Far From Home






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...

NETFLIX | Outlaw King - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Sekali lagi gandingan David Mackenzie dan Chris Pine membuahkan hasil menerusi filem epik sejarah Outlaw King. Outlaw King merupakan filem drama sejarah tentang Raja Scotland abad ke-14 'Robert the Bruce' lakonan Chris Pine melancarkan perang Gerila menentang tentera Inggeris pada tahun 1300-an. Saya kurang tahu tentang latar belakang sejarah yang diceritakan dalam filem ini. Jadi saya tidak akan mengulas lebih terperinci mengenai sejarah. Apa yang penting adalah filem ini. Outlaw King. Seperti yang saya sebutkan tadi. gandingan David Mackenzie dan Chris Pine membuahkan hasil. Secara keseluruhan saya cukup berpuas hati dengan karya terbaru David Mackenzie ini. Dari reka bentuk kostum, pemilihan 'Shooting location' persembahan para pelakon, dan kualiti Sinimatografi. saya cukup berpuas hati.  Biarpun diawal permulaan filem pembinaan 'Storyline' agak perlahan tetapi bila sampai 'The second Act' saya bol...