Langkau ke kandungan utama

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review




Oleh : Bènedictus Alèx


Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara. 



Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan. 



Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. Seperti filem seram dan love story. 

Watak kegemaran saya dalam BoBoiBoy The Movie 2 ini adalah Retak'ka. Watak jahat yang sangat menghidupkan BoBoiBoy The Movie 2. Saya amat mengemari watak ini. Bila melihat Retak'ka, saya terasa aura seperti Watak Thanos. (Hehe) saya amat gembira karena watak ini sangat memberi impak yang besar dalam filem ini. 



Satu lagi watak yang sangat menjadi tumpan adalah PapaZola. Gelagat PapaZola dengan lawaknya membuatkan satu pangung wayang ketawa dek karena lawak lucunya. Sangat menghiburkan. Tidak lupa juga PipiZola anak perempuan PapaZola. Lucu dan sangat Comel menjadikan dua watak ini amat digemari. 




Kalau anda rasa teruja dan seronok menonton Dragon Ball atau Anime hebat yang lain. Keterujaan dan keseronokan itu ada juga dalam BoBoiBoy The Movie 2. Bangga dengan animasi malaysia yang semakin maju. 

Jangan bangun dari kerusi anda sebelum babak kredit, babak kredit menambahkan lagi keterujaan untuk BoBoiBoy The Movie yang akan datang. 


BoBoiBoy The Movie 2

A





Poster BoBoiBoy The Movie 2






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

Mile 22 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alex Pengarah : Peter Berg Pelakon : Mark Wahlberg, John Malkovich, Lauren Cohan, Iko Uwais, Ronda Rousey Genre : Aksi | Jenayah Edaran : STXfilms Durasi : 1 jam 35 minit  Saya bersetuju dengan beberapa pengeritik filem mengatakan kolaborasi Antara Peter Berg dan Mark Wahlberg perlu ditamatkan. Ada betulNya juga kenyataan itu, Karena Mile 22 filem paling teruk tahun ini. Ini antara Kolaborasi Peter dan Mark paling teruk yang pernah saya lihat. Saya peminat filem-filem Arahan Peter Berg. Banyak filem yang Peter Berg sudah hasilkan, filem Peter Berg yang paling saya minati adalah Patriots Day (2016) itu naskah dari Peter Berg yang paling menarik sekali dari pandangan pribadi saya. tetapi sejak dari Lone Survivor (2013) tiada yang berbeza, sekali lagi Mark Wahlberg menjadi bintang utama dalam filemNya. Sejak dari 2013, 4 buah filem arahan Peter Berg dibintangi Mark Wahlberg. Oleh sebab itu sewajarNya Kolaborasi mereka berdua perlu dihentikan ...