Langkau ke kandungan utama

John Wick: Chapter 3 - Parabellum - Movie Review






Oleh : Bènedictus Alèx 




Antara filem aksi yang saya nantikan tahun ini. John Wick: Chpater 3 Parabellum. Bagi yang sudah mengikuti filem John Wick sejak pertama mesti tahu benar apa susulan filem yang ke 3 ini.

Tidak dinafikan, filem bahagian ke 3 ini tidak mengecewakan. Babak aksi yang lebih padu. Non STOP Fight scene. Apa yang dijangkakan akan terjadi dalam filem ke 3 ini semuanya ada. Fight scene non stop, lebih aksi. Tahap babak aksi filem ini lebih lagi dari filem pertama dan ke dua. 







Bintang dalam filem ini semestinya pemeran utamanya, Keanu Reeves. Bukan sebab reputasi keanu sebagai pelakon yang diminati tetapi aksi keanu membuatkan saya tergangah. Setiap aksi yang dia lakukan sangat hebat. Dan ianya mustahil bagi seorang yang berumur 54 tahun. Tetapi tidak bagi keanu Reeves. Keanu memberikan persembahan lakonan yang sangat mantap. 







1st act selama 20 minit antara momen terbaik filem ini. Bagi saya fight scene yang sangat mengerikan. Membuatkan saya harus menutup mata dek karena ganasnya scene tersebut. Tetapi jalan cerita filem ini agak sedikit melarat bila sempai ke midpoint (Titik Tengah). Dan 3rd act tidak memberikan keterujaan seperti di permulaan filem. Scene pertarungan juga agak mengecewakan. Sama juga tidak seperti di permulaan filem. Kalau dibandingkan John Wick: Chapter 2, scene fight yang last dalam John Wick: Chapter 2 lebih menarik.


Secara keseluruhan pengarah Chad Stahelski meneruskan kecemerlangannya dalam ke tiga-tiga filem arahannya ini. Biarpun saya lebih suka kepada dua filemnya yang terdahulu tetapi John Wick: Chapter 3 Parabellum tetap memberikan keseronokan menonton filem aksi. 



Untuk John Wick: Chapter 3 - Parabellum saya bagi


B+




Poster filem John Wick: Chapter 3 - Parabellum 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...