Langkau ke kandungan utama

Alita Battle Angel - Movie Review



Oleh: Bènedictus Alèx 




Sebagai pencinta Manga dan Anima saya amat berpuas hati dengan karya adaptasi Manga/Anime terbaru dari James Cameron dan Robert Rodriguez ini. Alita Battle Angel merupakan filem paling saya nantikan tahun lalu tetapi tarikh tanyangan ditolak ke ferbuari 2019. Ambil masa hampir sedekad, pembikinan filem alita battle angel tampakNya begitu teliti sekali. Dan hasil daripada kerja keras team prodaksi memberikan satu hasil yang amat memuaskan. 


Bagi saya, Alita Battle angel merupakan adaptasi Manga/Anime yang sangat menarik. Memberikan keceriaan kepada saya, 'Secara pribadi' yang kecewa dengan adaptasi Manga/Anime dari hollywood selama ini. Saya memuji James dan Rodriguez karena mereka tahu apa yang penonton mahukan. Dari bermula masa filem ini berputar, saya merasa seperti di jemput ke dunia Iron City. Memahami watak alita mencari siapa diriNya, Alami itu dari mula filem ini berputar dan sampai ke penamat, terasa amat HEBAT sekali. 







Pengunaan teknologi Motion capture just blow my mind. Is Perfect. Motion Capture dalam Alita Battle Angel mengingatkan saya pada filem Avatar (2009). Watak Alita yang dipersembahankan oleh Rosa salazar begitu menjadi. Rosa berjaya membawa watak alita hidup ke layar perak. Saya suka watak alita diolah dengan baik sekali. Dari segi motion capture dan juga persembahan lakonan Rosa Salazar. Ianya sempurna. 






Battle scene amat memuaskan, Bila detang ke filem aksi Sci-Fi seperti ini. Filem Alita Battle Angel tidak mengecewakan. Salah satu scene fight yang saya rasa amat ngeri adalah fight scene antara Alita dan Grewishka. Fight scene tersebut merupakan fight scene kegemaran saya dalam filem ini. Begitu juga dengan Motorball fight. 'AWESOME!' 






Filem Alita Battle Angel boleh dikatakan filem adaptasi Manga/Anime terbaik setakat ini. Dari segi setiap aspek yang saya sebutkan di atas. segalanya OK. Jalan cerita juga bagi saya tiada masalah. Mungkin plot muda di ramal. Tetapi selagi plot tidak terkeluar dari plot filem yang menarik. Bagi saya, saya tidak kisah. Cuma ada beberapa watak kurang memberansagkan. watak Mahershala Ali dan Jennifer Connelly. Kedua watak ini nampak agak sia-sia dalam filem ini. Kekuatan skrip untuk kedua watak ini lemah. Sayang sekali nama besar Ali dan Connelly tidak memberi impak yang besar dalam filem ini. 


Mujur watak Christoph Waltz tidak menerima nasib yang sama seperti Ali dan Connelly. Christoph sebagai Dr ido amat menarik. Memahami watakNya sepanjang menonton filem ini membuatkan anda akan care pada watak ini. Persembahan lakonan Christoph tidak mengecewakan.


Secara keseluruhan Alita Battle angel sangat menarik untuk ditonton. Sebagai Peminat Anime Saya berpuas hati dengan karya ini. Saya berharap menerusi karya hebat James dan Rodriguez ini akan membuka peluang untuk menghasilkan adaptasi Manga/Anime yang lebih menarik lagi di masa hadapan. 



Untuk Alita Battle Angel saya bagi

A
EXCELLENT






Poster resmi filem Alita Battle Angel.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...