Langkau ke kandungan utama

Glass - Movie Review




Oleh: Bènedictus Alex




Filem pertama yang saya tonton di tahun 2019. Juga merupakan filem yang paling saya nantikan. Glass merupakan kesenambungan kepada Unbreakable (2000) dan Split (2016).

Pergi menonton Glass bukan hanya semata-mata ingin mengetahui Sequel filem Split, tetapi saya meminati karya M. Night Shyamalan. Oleh sebab itu saya meletakan Glass antara filem yang saya nantikan tahun ini. Setelah selesai menonton Glass. Saya boleh simpulkan Glass bukan karya terbaik dari M. Night Shyamalan. Kekuatan cerita filem Glass tidak segah filem Split (2016).







Untuk 40 minit pertama saya cukup terhibur. Tetapi jalan cerita filem ini agak meleret bila sampai ke pertengahan. Membuatkan saya agak kebosanan. Tetapi saya tetap memuji M. Night Shyamalan karna mencipta 'Conclusion' yang sangat menarik untuk Unbreakable dan Split.

Dari aspek teknikal seperti sinimatografi dan pergerakan kamera tidak banyak kelainan dari filem Split. Dan ada beberapa teknik pergerakan kamera seolah-olah mengunakan kamera Go-Pro agak sedikit kurang menjadi. Mungkin scene diambil seperti itu untuk menunjukan 'Fight Scene' lebih dirmatik. Tetapi bagi saya, saya kurang gemari teknik seperti itu. 







James McAvoy adalah penyinar filem Glass. Saya amat mengagumi persembahan McAvoy. Seperti dalam filem Split. Persembahan lakonan McAvoy tidak mengecewakan. Dia dapat mengendalikan 'Multiple roles' dengan cermelang. Setiap aksi James McAvoy 'will blow your mind'

Tidak mengecewakan juga persembahan lakonan Bruce Willis, dan Samuel L. Jackson. Cuma watak Anya Taylor-Joy sebagai Casey kurang memberangsangkan. Karna apa yang terjadi dalam Split. Saya mengharapkan watak Casey diberikan peranan lebih besar dalam filem Glass. 







Secara keseluruhan Glass tidak segah Split atau pun Unbreakable. Tetapi pujian tetap diberi kepada M. Night Shyamalan karna sudah mencipta 'Conclusion' yang cermelang untuk Unbreakable dan Split.



B+
GOOD





Poster resmi filem Glass

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...