Oleh: Bènedictus Alèx
Pengarah: Syamsul Yusof
Pelakon: Syamsul Yusof, Maya Karin
Fizz Fairuz, Mawi, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Rahim Razali
Genre: Seram
Edaran: President Productions (Malaysia) CBI Pictures (Indonesia)
Durasi: 2 jam 1 minit

Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) Syamsul Yusof kembali lagi dengan filemNya iaitu Munafik 2 sekuel dari Munafik (2016) Munafik 2 antara filem tempatan yang saya nantikan. Melihat dari hasil karya Syamsul Yusof sebelum ini membuatkan saya tidak ingin terlepas dengan karya Syamsul tahun ini.
Setelah habis menonton Munafik 2, Berbagai macam persoalan yang timbul. Ada beberapa hal dalam Munafik 2 sepertiNya sedikit tidak asing bagi saya. ContohNya Dari Segi watak dan jalan cerita. Tetapi sebelum itu saya ingin mengulas kemajuan filem ini.
Yang menarik dalam munafik 2 adalah persembahan lakonan Hebat Syamsul Yosuf, Maya Karin, dan Nasir Bilal Khan. Mereka bertiga ini adalah Sinar bagi Munafik 2. Watak Syamsul sebagai Ustaz Adam sangat hidup. Saya dapat melihat Syamsul tengelam dalam dalam watakNya. Cara Syamsul menjiwai watak Ustaz Adam membuatkan saya benar-benar rasa kagum denganNya. Syamsul memberikan satu persembahan lakonan yang cukup hebat dan dia layak di beri pujian yang tinggi.
sudah agak lama bagi saya tidak melihat Maya karin berlakon. Saya amat gembira karena melihat pelakon hebat ini menjayakan watakNya begitu berjaya sekali. Maya Karin sebagai Sakinah bagi saya sangat hidup. Sama juga seperti Syamsul Yusof. Dia tengelam dalam menghayati watakNya. Saya bukan lagi melihat Maya Karin tetapi Hanya Sakinah. Itu membuatkan saya amat memuji kehebatan Maya Karin.
Dalam Munafik 2 watak yang mampu membuat penonton amat membeciNya ialah watak Nasir Bilal Khan sebagai Abu Jar. Watak Abu Jar antara watak yang mampu buat penonton merasa geram dek karena kejahatanNya. Dan Nasir Bilal Khan memberikan satu Mutu lakonan yang berkualiti.
Kejayaan filem ini juga boleh dilihat dari segi TenkinalNya seperti Sinimatografi, Adunan Bunyi, Make up. Kualiti Sinimatografi sangat berkualiti tinggi. ia setaraf filem-filem dari luar negara seperti korea dan jepun. dari segi Sequence atau babak seram Juga layak diberi pujian. Ada beberapa Scene yang mampu buatkan saya menutup mata sejenak. dan Sosok Setan dalam filem ini mampu buatkan saya meremang bulu roma. Saya puji Make up yang digunakan. ia sangat realistik. Bagi saya itu satu improvement sangat baik untuk filem seram tempatan.
Adunan bunyi juga bagi saya amat baik sekali. ia mampu memberikan satu suasana seram bila ia melibatkan Scene seram. jump scares juga tidak melebih-melebih. ia masih mampu membuat anda terkejut. Suasana Gelap dan Tone filem ini juga boleh buat anda tidak senang duduk. Mampu memberikan suasan seram buat penonton.
Ok, sekarang saya ingin mengulas permasalahan yang paling besar dalam Munaifk 2. Seperti yang saya sebutkan tadi diawal ulasan saya, ada beberapa hal dalam Munafik 2 sepertiNya sedikit tidak Asing lagi bagi saya. Saya rasa seperti Deejavu saat menonton Munafik 2. Bagi mereka yang pernah menonton Filem Arahan Mel Gibson "Passion Of The Christ" Anda akan faham dangan apa yang saya katakan ini. Isu yang paling besar dalam Munafik 2 adalah 20% Filem ini meniru Karya dan idea Mel Gibson dalam Passion Of The Christ.
Saya berani katakan ini karena ada beberapa watak dalam Munafik 2 jelas meniru watak yang ada dalam Passion Of The Christ Karya Mel Gibson.
Saya berani katakan ini karena ada beberapa watak dalam Munafik 2 jelas meniru watak yang ada dalam Passion Of The Christ Karya Mel Gibson.
Yang pertama, (Kehadiran Wanita Misteri)
Ini amat jelas terlihat Watak Wanita Misteri dalam Munafik 2 meniru Watak Setan dalam Passion Of The Christ. Dan ada beberapa babak malibatkan wanita misteri ini juga sama dalam filem Mel Gibson. Wanita Misteri ini muncul beberapa kali dan ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan kepada penonton.

Scene yang hampir sama melibatkan wanita misteri ini. ia berpakaian jubah hitam datang dan memberi amaran kepada Ustaz Adam dan mempersolakan Iman Ustaz Adam. Ini benar-benar seperti babak dalam filem Passion Of the Christ. Dan watak Nasir Bilal Khan sebagai Abu Jar, Pakaian dan watak Abu Jar sama seperti Caiaphas dalam Passion Of The Christ.
Watak Setan Dalam Passion Of The Christ
Caiaphas dalam Passion Of The Christ
Dan Yang sangat ketara bila sampai ke penghujung filem ini. Babak Ustaz Adam di pukul dan di derah iaNya Serupa dalam ending filem Passion Of The Christ. Babak gempa bumi dan semua pengikut Abu Jar tempiaran melarikan diri, dan watak Azman lakonan Fizz Fairuz memohon maaf atas kesalahanNya terhadap Ustaz Adam. iaNya serupa seperti ending dalam Filem Passion Of The Christ. Background Musik score juga ada di Ambil Dari Filem arahan Mel Gibson itu. Ini juga saya kurang gemari, karena kebanyakan Background Musik score untuk filem ini banyak di ambil dari filem-filem lain.
Menyedari hal ini bukan hanya saya seorang saja tetapi rakan saya yang bersama menonton Munafik 2 juga menyedari hal yang sama. Ada beberapa aspek yang meniru karya Mel Gibson. Mungkin pononton yang beragama muslim tidak menyedari hal ini dek karena tidak pernah menonton karya Mel Gibson. "Passion Of The Christ" Tetapi bagi mereka yang berulang kali sudah menonton filem Passion Of The Christ akan menyedari hal ini dengan muda.
Bagi saya isu ini merusak kualiti filem Munafik 2. Karena ada beberapa Aspek yang agak meniru Karya Mel Gibson "Passion Of The Christ" tetapi improvement filem ini juga amat ketara sekali dan ia layak di beri pujian.

Untuk Munafik 2 saya bagi
Poster Resmi Filem Munafik 2
Ulasan
Catat Ulasan