Langkau ke kandungan utama

Christopher Robin - Movie Review


Oleh: Bènedictus Alèx

Pengarah: Marc Forster

Pelakon: Ewan McGregor, Hayley Atwell, Jim Cummings, Brad Garrett

Genre: Drama | Fantasi

Edaran: Walt Disney Studios Motion Pictures

Durasi: 1 Jam 44 minit 

Siapa yang tidak mengenali patung beruang comel Winnie the Pooh? Sudah tentu ramai yang mengenali beruang comel yang suka makan madu dan selalu lapar ini. 2018 Walt Disney Studios Motion Pictures membawa karakter yang cukup popular ini ke layar perak. Bukan sebagai Filem Animasi tetapi Live-Action Movie.


Jujur saya katakan, selain dari kecomelan Pooh tiada yang istimewa sangat dengan filem ini. Apa yang saya harapkan jalan cerita filem ini diolah dengan lebih mendalam agar dapat memberikan satu jalan cerita yang penuh emosi. Apa yang saya maksudkan di sini, jalan cerita yang benar-benar mampu menyentuh perasaan pononton dengan perhubungan Christopher Robin dengan Winnie The Pooh bersama dengan rakan-rakanNya yang lain. Karena dalam dalam cerita filem ini Christopher Robin bukan lagi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak Robin bersama Pooh akan hanya tinggal dalam kenangan. Oleh sebab itu saya mengharapkan sesuatu yang lebih dari filem arahan Marc Forster ini. Jalan CeritaNya sederhana dan biasa-biasa saja. Selain mempaparkan kecomelan Winnie The Pooh, Christopher Robin tidak memberikan apa-apa yang istimewa.


Ewan McGregor Sebagai Christopher Robin Dewasa, persemabahan lakonan Ewan juga bukanlah ditahap yang boleh dipuji. Tetapi Ewan memberikan yang terbaik dalam filem ini. Apa yang saya suka dalam Persembahan Ewan adalah cara dia berkomunikasi dengan watak-watak CGI. ia cukup berkesan. Bagi saya Ewan melakukan kerja yang cukup memberangsangkan. 


Kalau dilihat dari segi Sinimatografi dan Custom desain. Bagi saya iaNya ok. Ada beberapa babak yang saya suka karena lokasiNya cukup menarik. TempatNya sangat indah. Memberikan satu Gambar Sinimatografi yang cantik. Tetapi ada beberapa babak yang saya kurang gemari. Terutama babak Robin dan Pooh. Ada babak yang saya rasa seperti iklan TV. Babak Iklan Perfume. Ada beberapa babak dalam filem ini seperti itu. Filem ini agak mengejutkan saya karena kualiti filem ini tidaklah ditahap yang boleh dibanggakan.

The Bright Side dalam filem ini adalah watak-Watak Fantasi, seperti Winnie The Pooh, Tigger, Piglet, Eeyore. Watak-watak ini hidup. Bagi saya CGI untuk watak-watak ini sangat menarik. Dan Jim Cummings menyumbangkan suara sebagai Winnie The Pooh iaNya sangat OK. Bagi saya tiada bezaNya Winnie The Pooh dalam Animasi atau dalam filem ini. Karena ia di handel dengan sangat baik. CGI, Voice Actor, mereka memberikan yang terbaik. Sehinggakan watak ini benar-benar hidup di layar perak. 


Untuk Christopher Robin Saya bagi

C+


Poster Resmi Christopher Robin 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BoBoiBoy The Movie 2 - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Hanya dalam masa 5 hari BoBoiBoy The Movie 2 sudah mengutip RM 9.9 Juta. 2019 tahun menjadi saksi kehebatan animasi malaysia. Bila menonton BoBoiBoy The Movie 2 membuatkan saya rasa bangga melihat hasil karya anak tempatan yang hampir sebaris karya filem animasi luar negara.  Saya sudah mengikuti siri animasi BoBoiBoy sejak dari musim pertama lagi. Jadi boleh dibandingkan kualiti animasi dulu dan sekarang sangat berbeza. Kualiti animasi memang ditahap membanggakan. Saya sangat seronok menonton BoBoiBoy The Movie 2 ini. Sebagai penonton dewasa. Saya tiada masalah dengan jalan cerita filem ini. Penuh dengan lawak pecah perut. Membuatkan filem ini sangat menghiburkan.  Setinggi pujian harus diberikan kepada Nizam Razak selaku penulis dan pengarah filem ini. Idea Kreatif dan segar membuatkan BoBoiBoy The Movie 2 karya tempatan lain dari yang lain. Tidak seperti filem-filem tempatan lain yang hanya membawa konsep yang sama. S...

Hantu Kak Limah - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx Pengarah : Mamat Khalid Pelakon : Dato' Awie, Rab Khalid, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin Genre : Seram | Komedi Edaran : Astro Shaw Infinitus Productions Durasi : 1 jam 40 minit  Filem seram komedi tempatan Hantu Kak Limah sememangNya berada di kelasNya yang tersendiri. Mamat khalid memberikan satu karya yang segar bagi industeri perfileman tanah air. Setiap aspek dalam Hantu kak Limah sangat menarik, dari segi persembahan para pelakon, kualiti sinimatografi, jalan cerita yang lucu sejak dari awal permulan filem sampai habis, aspek seperti imej ketimuran melayu, keindahan bahasa yang digunakan, SemuaNya yang ada dalam filem Hantu Kak Limah memberikan satu pengelaman yang indah menonton filem karya anak tempatan.  I have a very good time saat menonton filem ini. Lawak yang diterapkan dalam filem ini mampu buat anda terhibur. Lakonan bersahaja para pelakon tetapi impakNya sangat besar. Ia membuat saya merasa seperti m...

Bumblebee - Movie Review

Oleh : Bènedictus Alèx  SejujurNya saya amat gembira bila mengetahui bahawa Michael Bay sudah mengibarkan bendera putih dari mengarah filem Transformers yang seterusNya. karena 5 filem transfomers di bawa arahanNya amatlah teruk sekali terutama filem terakhir 'The last Kinght' 2017. Legasi Bay selaku pengarah filem transformers terbaik nampakNya sudah berakhir dan sudah tiba masaNya peminat filem transfomers merasai karya yang lebih segar dari pengarah lain.  Saya boleh katakan yang Travis Knight sudah membuat peminat filem Transfomers tersenyum setelah sekian lama kecewa dengan karya sampah Bay. Spin-off filem Bumblebee hasil sentuhan tangan pengarah hebat Travis Knight amatlah berbeza dari filem transfomers yang pernah kita saksikan sebelum ini. Perbuahan yang ketara boleh kita lihat adalah, lakon layar yang tersusun rapi, tiada watak yang menjengkelkan, tiada objek seksual. Tiada lagi humor bodoh. Bagi saya, ini yang saya mahukan....