Oleh : Bènedictus Alex Joker filem arahan Todd Phillips saya ibaratkan karya agung yang tiada tadingannya di tahun 2019. Saya tidak pernah menonton filem arahan Todd Phillips sebelum ini. Joker merupakan filem pertama Todd yang saya tonton. Jujur Saya teramat-amat puas hati apa yg Todd Phillips lakukan dalam filem joker. Skirp, pemilihan pelakon, Musik latar, Dan banyak lagi, semuanya ( PERFECT ) Bagi saya tiada masalah filem ini bermula dengan agak sedikit perlahan. Sekiranya anda benar-benar menghayati jalan cerita dan kisah hidup Arthur Fleck/Joker dari bermulanya filem ini berjalan, saya pasti anda akan merasakan banyak emosi bila filem ini sampai ke tahap Act 2 dan 3rd Act. Musik latar memaikan peranan yang amat penting dalam filem Joker. Saya amat menyukai musik latar dari Komposer Hildur Guðnadóttir. Musik latar Ciptaan Guðnadóttir mampu membuat anda meremang bulu roma. Sinimatografi teramatlah indah. Team pro...